ツSweet_Kyraツ™

♛The Princess♛
MissKyraSyakira
♥Twitter♥


Owner | My Story

✿My SweetHearts✿
I love my Mama, Abah n also My Siblings till Jannah. I'll always miss u all :)


L O N G D I S T A N C E L O V E


H I M .

Assalamualaikum Para Stalker dan Viewer sekalian :)  Lama kyra tak update post kan? huhu.. nwy, korang sihat? Dah makan? ke nanti nak pergi dating or jumpa yang tersayang ? Walau pape pun yang korang buat, plz be makesure jaga keselamatan korang kay.. ingat orang yang tersayang taw.. hihi.
Btw, post kyra kali nie pasal  L O N G  D I S T A N C E  L O V E  .

Apa maksud Love Long Distance tu?? Ia membawa maksud Percintaan Jarak Jauh. 
Suatu jarak yang memisahkan bagi menguji kesetiaan masing-masing. Mampukah korang nak hidup dan hadapi hidup korang tanpa dia yang tersayang?  Renung-renungkanlah kay..

Dalam menjaga perhubungan jarak jauh nie, banyak perkara yang kita perlu mengambil tahu dalam pelbagai segi aspek bagi memastikan keutuhan perhubungan tersebut walaupun di pisahkan oleh jarak..
Diantaranya ialah :

T R U S T
As what we have know, kepercayaan tersangatlah penting dalam setiap perkara, tambahan pula didalam hubungan yang mempunyai hubung kaitnya dengan soal hati dan perasaan.  Kepercayaan mampu mengukuhkan lagi perhubungan tersebut.  Cuba korang bayangkan, kalau kita salang percaya mempercayai di antara satu sama lain, sudah pasti tiada berlaku pertelingkahan gara-gara wujudnya unsur tidak mempercayai atau dalam kata lain iaitu meragui pasangan kita kan? Jika unsur saling mempercayai ini tidak wujud di dalam sesuatu perhubungan maka akan terjadi masalah besar nanti yang mampu untuk meretakkan relation tersebut.

Tapi bila korang dah dapat kepercayaan tersebut, janganlah korang gi gatal buat benda yang tak sepatutnya pulak..  Gunakan kepercayaan yang di beri oleh pasangan kita itu dengan sebaik mungkin kerana kepaercayaan bukan boleh di jual beli dan bukan mudah untuk di dapati ye kawan-kawan sekalian.. Ingat tuu!

L O Y A L T Y
Next point, about loyalty.. yepp, kesetiaan.. 
Kesetiaan itu amat penting supaya tiada keraguan di dalam sesuatu perhubungan tu
Bila kita duduk berjauhan dengan kekasih kita tu, tak payahlah sampai macam seolah-olah kita tak boleh hidup tanpa si Dia yg selalu di sisi kita.. Masing-masing setia kan bagus.  Kyra pelik kenapa ada manusia yang macam nie.. Bila partner masing2 jauh, dok cari skandal or cari new GF/BF..What for semua tu? Just waste your time and korang akan hilang kepercayaan dari Si Dia nanti.. Satu je Kyra nak cakap, InsyaAllah tak rugi lah if korang setia.. For sure si Dia yg kita dah pilih dari awal tu, yang terbaik kan?? What if korang cari skandal then kantoi then skandal korang tu pun main kan korang??? Fikir-fikirkanlah kayyy :)
As long as kita dapat kepercayaan dari si Dia tu, hargailah sebaik mungkin and use it as well as you can, kayyy.. #Sigh

STAY KEEP IN TOUCH 
Next point pasal perhubungan dan komunikasi.. Komunikasi sangat penting bagi pasang yang menghadapi  percintaan jarak jauh nie.. Bukan apa, at least kita saling share2 story kan.. Dengan itu, ia akan merapatkan lagi hubungan korang nanti kan ?? Tambah pulak, zaman sekarang ni, teknologi dah semakin canggih, dengan bermacam cara kita boleh berhubung di antara satu sama lain, contohnya macam Twitter, Facebook, YM, and also Skype.. Apps yg macam dapat menghubungkan korang even dari jarak jauh kan.. Korang boleh ambil tahu perihal perkembangan pasangan korang even dari jauh.. Kan best macam tu.  Tapi kalau pasangan kita tu sibuk, sometimes kita kenalah bertolak ansur kan?? But normal-lah, sometimes, kita akan rasa bengang if dia tak contact kita langsung kan.. So, dalam hal nie, korang masing2 kenalah cari satu masa yg korang masing2 Free.. and korang tak boleh lah nak harapkan dia je yang contact korang.. Dalam soal LOVE nie, komitmen masing-masing amat penting untuk pertahankan segalanya.
Kalau boleh, before tidur tu, call lah dulu untuk tanya khabar, mesti si Dia akan rasa happy kan? Senang citer, korang letak lah tempat korang kat pasangan korang yang mengharap dan tunggu untuk korang call dia tu. At least, if korang dapat call dia masa before dia tidur, dia akan rasa bahagia and sayang dia kat korang tu memang akan sentiasa mekarlah kan? --Korang fikirkanlah--
"Kalau betul-betul kita sayangkan seseorang tu, sesibuk manapun kita, kita still akan cari masa untuk hubungi dia walaupun sekejap kan? " 

PATIENCE
Bersabar.  Yepp, that thing tersangatlah perlu ada di dalam diri kedua-dua pasangan tersebut. Tambahan lak, Sabar kan separuh daripada Iman kita kann?? 
Apa maksud kepentingan sabar di sini ialah, pasangan tersebut haruslah bersabar dengan apa pun dugaan yang di hadapi.. Sabar tu tunjang utama untuk mengekalkan suatu perhubungan. So, sabar tersangatlah penting didalam menghadapi Percintaan Jarak Jauh ni :)
One day, dia tetap akan balik kan?? Cuma kita perlu kuat untuk tunggu dia yang pergi maybe untuk kerja or blaja and so on.. dan kita akan terus sabar menunggu dia sampailah dia pulang ke sisi korang..

BEHAVE
Next, jagalah  kelakuan masa korang berjauhan nie.. Jangan anggap jarak yang korang hadapi tu suatu lorong yang membebaskan korang dari si Dia.. Jarak tak bermaksud yang korang boleh senang2 nak bebas sakan.. Korang haruslah jaga setiap pergaulan korang, janganlah buat perkara yang korang tahu hati si Dia yg berada jauh tu akan sakit. Maybe dia takkan tahu apa yang korang buat,, tapi Allah tahu kan?  Satu je nak pesan, Sepandai2 tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah gak kan?? So, better behave even korang berjauhan..  :)

 P R A Y
Lastly, perkara ni lah yang paling penting.. iaitu DOA.  Doa tu senjata umat Islam kan?? Even apa pun yang kita rancang, Dia yang tentukan rite??  So, selalulah berdoa supaya semuanya selamat, serta selalulah minta supaya Allah lindungi si Dia even si Dia tu jauh dari pandangan kita.. Allah maha berkuasa.  Doakanlah apa yang kita mahu, Allah tu Maha Pemurah. Untuk apa korang nak fikir tak tentu hala sebab risaukan si Dia yang jauh ?  Better korang doakan kesejahteraan dia kat sana serta panjangkan jodoh korang.. Till Jannah :)
InsyaAllah. Segalanya boleh berubah dengan Doa..
Mengadulah kepadaNya kerana Dia lebih mengetahui segalanya, serta Dia lah yang mampu menjaga si Dia.


L O N G   D I S T A N C E   R E L A T I O N S H I P
P/S : Jarak tidak kan memberi makna yang sangat besar if si Dia tu membawa berjuta makna di dalam hidup kita. And walaupun sesakit mana pun rasa bila korang berjauhan dengan dia, tapi ia akan rasa lebih sakit if korang hilang si Dia kan?? So, sentiasalah berDoa dan minta Allah jagakan siDia untuk kita. 
*TQ coz sudi baca post nie. *  #LoveYouAll




Old Things